Pencarian Masih Diteruskan
Date: Saturday, January 09 @ 23:02:40 MYT
Topic: Info DPMT


Medan Sa'ah 9 Jan - Sehingga kini, motor DPMT masih dalam pencarian Pihak Polis Mesir yang sedang berusaha menggiatkan tinjauan ke setiap tempat termasuk sekitar kawasan Makrad.


Berikutan kejadian berkenaan, Ustaz Mohd Sulaiman Bin Ismail dan Ustaz Md Amin Bin Zainal Abidin diminta untuk berkerjasama dengan pihak Polis di Balai Polis Seksyen 1, Medan Sa'ah bagi berkongsi maklumat berkenaan kes tersebut.

Kedua-duanya yang membarisi kepimpinan DPMT sesi ini kemudiannya dibawa ke satu gudang penyimpanan kenderaan-kendaraan yang disita pihak Polis bagi melihat samada ia berada dalam Polis atau tidak.

Dalam perkembangan sama, Ustaz Dzulhilmi Bin Roslan turut meninjau motor-motor yang disita di Balai Polis Seksyen 2, Jalan Galak.

Sementara itu, sehingga kini pihak DPMT masih belum menerima perkembangan positif daripada mana-mana pihak.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi DPMT mengharapkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak membuahkan hasil dengan segera.

Motor DPMT yang dibeli DPMT beberapa bulan lalu didapati masih berada di kedudukan asalnya pada jam 3:00 pagi Khamis lalu. Walau bagaimanapun,  kehilangannya hanya disedari oleh Pengerusi sekitar jam 4:30 pagi.

Mengulas kejadian berkenaan , Ustaz Dzulhilmi Roslan berkata, ia merupakan kejadian yang pertama dialami pihaknya. Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli berdoa agar dimudahkan segala urusan.

"Berurusan dengan pihak Polis sememangnya bukanlah perkara yang mudah. Mereka seolah-olah tidak serius menjalankan tugas di balai sehingga sanggup berkata 'bukrah' beberapa kali kepada kami walaupun kes ini merupakan kes yang agak berat," kata beliau ketika bercerita mengenai pengalamannya berurusan dengan pihak Polis.







This article comes from edpmt.org
http://edpmt.org/v909

The URL for this story is:
http://edpmt.org/v909/modules.php?name=News&file=article&sid=232