Maarad, 1 Feb – Bahasa Arab merupakan satu elemen yang begitu penting bagi mahasiswa-mahasiswa azhari yang berada di bumi Anbia ini untuk menggali dan mencari mutiara-mutiara ilmu. Sehubungan itu sebagai pelengkap kepada bagi setiap penuntut ilmu dalam merealisasikan hasrat ini, penguasaan Bahasa Arab yang mantap amat diperlukan. Justeru itu atas kejasama dan kesepakatan daripada hasil perbincangan antara kesatuan pelajar-pelajar Turki di Mesir bersama Unit Pengetahuan Dan Pendidikan mahasiswa Tanta telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan sebuah Markaz Pengetahuan Bahasa Arab (Markaz Nil) di Tanta.
Oleh itu segala masa dan bayaran disertakan di sini :
- Bayaran adalah mengikut level pembelajaran. Bagi setiap level yang diikuti adalah sebanyak LE 150.
- Jam kredit bagi setiap level selama 50 jam dan perlu dihabiskan oleh setiap peserta.
- Setiap level mempunyai ujian sebanyak 2 kali bagi melayakkan peserta untuk ke level yang seterusnya.
- Jumlah level (tingkatan) adalah sebanyak 13 level yang merangkumi kemahiran membaca, bercakap dan mendengar.
- Silibus yang digunakan adalah bertepatan dengan piawaian Markaz Nil induk di kaherah (Hayyu Sabiek).
* SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI USTAZ ILYAS BIN YUSOP (UPAP)